Sunday, December 27, 2009

Aku Lebih Tenang


Dengarkanlah… Tentang sebuah kisah, seorang raja yang berkuasa, begitupun akhirnya dia tunduk kepada Raja segala Raja. Meninggalkan negeri dah takhta, demi rasa kasih dan cintanya kepada Allah yang Esa.

Ini kisah Abu Ishak Ibrahim Adham… seorang Raja negeri Balkh. Betapa hebatnya raja ini, yang hidup dalam serba kemewahan. Dikisahkan setiap kali keluar dari istananya, Abu Ishak Ibrahin Adham akan sentiasa diiringi 40 pengawal yang membawa pedang dan tongkat emas dihadapan serta dibelakangnya. Begitulah gambaran hebatnya raja ini.

Pada suatu malam, sedang Ibrahim beramal dikamarnya., dia kelihatan resah dan tidak tenteram, sudah dicuba olehnya untuk mendapat nikmat dalam beribadah tapi hatinya tidak tenang. Sedang Ibrahim berfikir-fikir kenapakah dia dalam keadaan resah gelisah.

Tiba-tiba Ibrahim terdengar bunyi derapan kaki seperti orang sedang berjalan diatas bumbung istananya. Dia tersentak lantas bersuara lantang.

“siapa itu?”

“sahabatmu, unta patik hilang, jadi patik cuba cari atas bumbung ini” terdengar satu suara menyahut pertanyaan Ibrahim,.

“bodoh betul, kamu nak cari unta hilang diatas bumbung istana beta? Pekik Ibrahim sinis.

“wahai manusia yang lalai!, Apakah engkau hendak mencari Allah dengan berpakaian dan sutera dan tidur diatas katil emas?” suara itu menjawab.

Sebaik berkata begitu , suara itu tidak lagi kedengaran. Tetapi ia memberi kesan mendalam kepada Ibrahim. Kata-kata itu mengecutkan hatinya dan baginda merasa lebih gelisah hingga tidak dapat melelapkan mata.

Keesokkan harinya Ibrahim mundar mandir dan kemudian duduk diatas singgahsananya, sambil dia berfikir tentang suara yang didengarinya semalam.

Tiba-tiba meluru seorang lelaki masuk kedalam istananya, wajahnya yang hodoh dan sungguh menakutkan hingga tiada pembesar yang berani menyapanya. Dengan tenang lelaki ini melangkah kearah singgahsana.

“siapa kau dan apa yang engkau inginkan? Tinggi suara Ibrahim Adham sambil memangdang tepat kearah wajah lelaki itu,

“aku baru saja sampai ketempat persinggahan ini” jawab lelaki itu

“adakah kamu sudah gila, ini bukan tempat persinggahan para khalifah. Ini istanaku!” ujar Ibrahim dengan nada tinggi dan tegas

“wahai tuan, siapakah pemilik istana ini sebelum tuan? Tanya lelaki itu pula

“ bapaku!’ jawab Ibrahim tegas

“siapa pula sebelum bapa mu?”

“tentulah datukku”

“sebelum datukku”

“ayah datukku”

“sebelum dia?”

“moyangku”

“dimanakah mereka sekarang ini?” tanya lelaki itu lagi

“mereka semuanya telah meninggal dunia” jawab Ibrahim

“kalau begitu bukankah ini tempai persinggahan yang dimasuki seseorang dan kemudian meninggalkannya” ujar lelaki itu lagi.

Ibrahim Adham terpegun mendengar hujjah lelaki itu.

Sesudah berkata demikian lelaki itu pun ghaib dari pandangan Ibrahim. Tidak sempat baginda bertanya siapa lelaki itu sebenarnya. Sejak itu suara-suara itu sering mengganggu Ibrahim saban malam hingga membuat baginda tambah resah dan gelisah. Tertekan dengan keadaannya itu, suatu hari Ibrahim mengambil keputusan untuk pergi memburu. Keluarlah baginda dari istananya dengan memacu kuda dengan serombongan pengikutnya.

Dek kerana keresahan hatinya, Ibrahim Adham tidak sedar baginda telah tersesat dan terpisah dari rombongannya. Hinggalah satu ketika dia bertembung dengan seekor rusa dan baginda pantas mengeluarkan anak panahnya. Belum sempat anak panah diletakkan pada busarnya tiba-tiba haiwan itu bersuara

“wahai Ibrahim, kamu akan gagal menangkap aku… tapi apakah untuk ini kamu diciptakan dan adakah ini yang diperintahkan keatas kamu?”

Ibrahim tersentak dan sungguh terkejut, “Ya Tuhan.. apakah yang menghalang diriku dari sentiasa mengingatiMu? Tanya Ibrahim penuh sayu. Baginda cuba memalingkan wajahnya dari rusa tersebut, tapi dari tali pelananya pula terdengar suara yang sama, mengulangi ucapan yang serupa sebagaimana yang diperkatakan rusa itu.

Maha Suci Allah, suara itu menyebabkan Ibrahim sedar tanggunjawabnya untuk benar-benar beribadah kepada Allah. Justeru Ibrahim Adham benar-benar bertaubat dengan linangan air mata membasahi seluruh pakaiannya,

Tiba disuatu persimpangan jalan, Ibrahim terpandang seorang pengembala bersama sekumpulan kambing ternakkannya. Setelah diamat-amati rupanya pengembala itu adalah hamba baginda yang ditugaskan mengembala kambing-kambing dipadang.

Ibrahim menemui gembala tersebut lantas menyerahkan pakaian diraja yang bersulamkan emas dan mahkota yang bertahtakan permata dan seluruh ternakkan itu kepada hambanya. Kemudia baginda meminta gembala tersebut menyerahkan pakaian dan topinya yang hanya diperbuat daripada bulu kambing kepadanya.

Ibrahim Adham lalu mengambil keputusan meniggalkan takhta dan istana kemegahannya. Lalu Ibrahim berjalan kaki dan bermusafir merentasi gunung ganang dan padang pasir sambil menyesali segala kelalaiannya selama ini.

Satu ketika setelah begitu lama mengembara, Ibrahim sampai disebuah kota iaitu Naisapur. Disana ibrahim menjadikan tempat yang terpencil disebuah gua sebagai tempat dia menyendiri, bertahun tahun lamanya.

Setiap hari khamis, dia akan keluar mencari kayu api, untuk dijual dipekan berhampiran. Pada keesokkan harinya, seusai solat jumaat dia akan membeli beberapa keping roti dengan wang yang diperolehinya. Sebahagia roti disedekahkan kepada fakir yang ditemui sebahagian lagi untuk diri sendiri.

Ibrahim dengan tekun melakukan ibadah, walau cuaca sejuk dimalam hari namun dia tetap bersolat dan berdoa hinggalah fajar menyingsing. Begitulah bertahun-tahun lamanya. Ibrahim semakin terkenal kerana kewarakkan dan kezuhudannya terhadap Allah berbading sikapnya yang lalu.

Kemudian Ibrahim berhijrah keMekah Al’Mukarramah dalam pergembaraannya dia bertemu ramai tokoh besar agama. Dari generasi tabiin dan mempelajari agama daripada mereka. Antarannya adalah Imam Abu Hanifah, Sufyah Al’Thauri dan Fudail Iyadh.

Seperti ahli sufi yang lain, hasil dari hubungan rapatnya dengan Allah, Ibrahim turun ditemani Nabi Khidir. Sebagaimana tokoh sufi sebaris dengannya seperti Malik bin Dinar, Zunnun Masri dan Sheikh Junaid Al Baghdadi, Ibrahim turun mengajar kita kisah sufi yang menginsafkan.

Kisahnya.. suatu hari Ibrahim sedang duduk di tepi sungai Tigris, Iraq, sambil menjahit jubahnya, tiba-tiba jarumnya terjatuh kedalam sungai. Lantas seseorang bertanya kepadanya. “engkau tinggalkan kerajaan yang besar, tetapi apakah ini yang engkau dapat sebagai balasan?

Ibrahim tidak menjawab.. tetapi hanya berseru “ kembalikan jarumku!”

Seruannya itu menyebabkan ikan-ikan timbul dipermukaan air dengan dimulut masing-masing sebatang jarum emas.

“bukan, bukan yang ini. Aku mahukan jarum ku sendiri” ujur Ibrahim

Kemudian muncul seekor ikan kecil membawakan jarum kepunyaannya dari dasar sungai

“jarum inilah salah satu dari balasan yang aku perolehi, selepas aku menyedari kesilapanku kerana keterlaluan aku mengutamakan dunia, sedangkan yang lain belum aku ketahui” ucapnya penuh tawaduk..

********
Bagaimana? Mampukah kita mengambil iktibar dari kisah hidup seorang raja, penuh kemewahan yang akhirnya ‘mengeluarkan’ dunia dari hati dan meletakkan ia hanya ditelapak tangannya, demi cintanya kepada Sang Maha Pencipta. Kita sering resah dan gelisah, dek kerana dunia yang sementara. Kita teralpa akan wujudnya dunia yang kekal disana…lalu kegelisahan itu hanya akan menjamin kehadiran lebih banyak bencana.

Sedangkan kita pernah diingatkan oleh Baginda akan tamsilan dunia ini disisi Allah,anyalah ibarat sayap nyamuk. Bayangkan betapa tidak bernilai akan dunia ini pada Allah sedangkan kita resah gelisah kerananya.

Jadi dimanakah bahagia dan ketenangan?

Kebahagian dan ketenangan ialah, apabila kita merasa aman dengan apa yang kita punyai dan ia terhimpun dalam keimanan dan redha kepada ketentuan Allah dan sentiasa qana’ah… yakni berpuas hati dan bersyukur.

Maka untuk itu, kita hendaklah sentiasa bertaubat akan dosa dan nafsu yang sentiasa ingin memeluk dunia. Asbab itu dalam mengejar dunia, kita lihatlah kebawah dimana, lebih ramai manusia yang tidak mampu mengecap nikmat yang kita rasa dan untuk menilai kekuatan takwa dongaklah keatas, lihatlah betapa tingginya makam para kekasih Allah yang melepaskan dunia untuk memeluk cinta Allah….

apakah kita (aku) mampu seperti mereka...

No comments:

Post a Comment